Angka korban akibat Covid-19 bertambah setiap hari. - Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 10 lagi kes kematian akibat jangkitan Covid-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata, daripada jumlah itu satu kes meninggal dunia di luar kemudahan hospital.

Pertambahan itu menjadikan angka kematian terkumpul kepada 31,902.

Selangor melaporkan tiga kes kematian, diikuti Sabah dua kes.

Manakala Melaka, Johor, Kedah, Kelantan, dan Pahang masing-masing satu.

Malaysia merekodkan sejumlah 2,819,807 kes Covid-19 setakat semalam.

Tambahnya, jumlah kes aktif turut meningkat kepada 45,208 termasuk 2,762 kes menerima rawatan di hospital.

Daripada jumlah tersebut 81 kes dirawat di Unit Rawatan Rapi dengan 62 kes memerlukan alat bantuan pernafasan. – MalaysiaGazette