Gambar penumpang berjalan di atas lintasan zebra semasa salji.-Foto: REUTERS /Kim Hong-ji)

SEOUL – Jangkitan Covid-19 di Korea Selatan mencecah 8,000 kes buat kali pertama pada hari ini akibat varian Omicron yang merebak dengan cepat.

Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (AKPP) melaporkan sebanyak 8,571 kes dicatatkan semalam melebihi rekod tertinggi yang dicatatkan pada pertengahan Disember tahun lepas  iaitu 7,848.

Rekod baharu itu muncul di tengah-tengah penyebaran varian Omicron yang lebih mudah ditularkan tetapi kurang menyebabkan kematian.

Sementara itu, korea Selatan secara jumlah telah merekodkan 733,902 jangkitan Covid-19 dan 6,540 kematian.

Walaupun hampir 95 peratus orang dewasa telah diberi vaksin sepenuhnya dan lebih separuh telah menerima suntikan dos penggalak.

Lonjakan itu mencetuskan kebimbangan mengenai gelombang yang berpotensi lebih besar menjelang cuti Tahun Baru tidak lama lagi.

Disebabkan, berpuluh juta rakyat Korea biasanya mengembara ke seluruh negara untuk lawatan keluarga.

Oleh itu, Perdana Menteri Kim Boo-kyum mengeluarkan kenyataan khas pada hari Isnin, merayu orang ramai mengelakkan perjalanan dan perhimpunan bermula Sabtu ini. – CNA NEWS -https://www.channelnewsasia.com/asia/south-korea-covid19-new-daily-cases-8000-2457276