Anggota polis berkawal di luar Kedutaan Amerika Syarikat di Beijing, China. foto Reuters

WASHINGTON – Jabatan Negara Amerika Syarikat sedang bersiap sedia untuk membawa keluar diplomatnya dan keluarga masing-masing dari di China.

Ia susulan  ketidakupayaan Kerajaan Amerika Syarikat untuk menghalang pihak berkuasa China daripada mengecualikan mereka langkah-langkah kawalan wabak yang menyusahkan.

China telah meningkatkan protokol bagi membendung Covid-19 menjelang pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing dalam masa kurang daripada dua minggu.

Sumber memberitahu kepada Reuters,  beberapa kakitangan kedutaan kecewa kerana Kerajaan AS tidak mahu melindungi pegawai-pegawainya daripada langkah kuarantin yang ketat.

Peraturan itu termasuk kemungkinan kemasukan secara paksa ke klinikCovid-19 jika demam dan memisahkan golongan dewasa dengan kanak-kanak.

Menurut sumber, Kedutaan Amerika Syarikat yang menjalankan tinjauan dalaman menunjukkan sebanyak 25 peratus kakitangan dan ahli keluarga mereka memilih untuk meninggalkan China secepat mungkin.

Sumber lain pula berkata, pegawai kedutaan juga gagal mendapat jaminan yang sewajarnya daripada China mengenai layanan terhadap diplomat Amerika Syarikat sepanjang China menangani wabak itu.

Dalam pada itu, kerajaan Amerika Syarikat telah  memindahkan kira-kira 1,300 diplomat Amerika Syarikat dan ahli keluarga dari China. – CNA NEWS-https://www.channelnewsasia.com/asia/us-allow-diplomats-leave-china-covid19-strict-rules-2459611