Bursa Malaysia
Logo Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia akan beroperasi akan beroperasi separuh hari bagi sesi dagangan pagi pada 31 Januari ini, menjelang Tahun Baharu Cina.

”Dagangan di Bursa Malaysia akan dibuka untuk sesi pagi hanya pada hari Isnin, 31 Januari 2022. Tiada dagangan pada sesi petang,” katanya.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan penjelasan dan penyelesaian disediakan oleh Bursa Malaysia Securities Clearing; perkhidmatan depositori yang disediakan oleh Bursa Malaysia Depository; dan perkhidmatan penjelasan yang disediakan oleh Bursa Malaysia Derivatives Clearing akan diteruskan seperti biasa sehingga penghujung hari perniagaan.

Bursa Malaysia dan semua anak syarikatnya akan ditutup pada hari Selasa, 1 Februari 2022 dan Rabu, 2 Februari 2022 sempena cuti Hari Wilayah Persekutuan dan Tahun Baru Cina.

Bursa dan anak syarikatnya akan menyambung semula perniagaan pada Khamis, 3 Februari 2022. – MalaysiaGazette