Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan mengenai tangkap layar yang tular di media sosial khususnya di Whatsapp bertajuk Pemberitahuan Di Bawah Subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369].

KUALA LUMPUR – Jabatan Perdana Menteri (JPM) menafikan mengenai tangkap layar yang tular di media sosial khususnya di Whatsapp bertajuk Pemberitahuan Di Bawah Subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369].

Ia mengenai pengisytiharan hari kelepasan am di Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 3 Februari 2022.

Sehubungan itu, JPM dalam satu kenyataan hari ini menegaskan maklumat yang tertera di atas tersebut tidak benar.

“Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu,” katanya kenyataan yang sama.- MalaysiaGazette