Sunday, May 29, 2022
Home Seni Hidup Vida mohon maaf kepada Anuar Zain

Vida mohon maaf kepada Anuar Zain

Datuk Seri Vida
KUALA LUMPUR – Usahawan kontroversi, Datuk Seri Vida tampil membuat permohonan maaf terbuka kepada penyanyi Anuar Zain susulan isu video yang tersebar di media sosial baru-baru ini.
“Saya Datuk Seri Vida memohon maaf atas kekhilafan, kekeliruan atau mungkin perkataan saya yang mungkin mengguris hati banyak pihak, peminat, keluarga Zain, Anuar… saya minta maaf banyak-banyak.
“Sebab benda ni dah lama sebenarnya. Jadi baru sekarang muncul,” katanya.
Malah, pelantun lagu I Am Me itu juga berhasrat untuk bertemu dengan Anuar secara peribadi.
“Apapun saya minta maaf, tak berniat langsung dan saya meminati sangat-sangat Anuar Zain. Saya minat Lelaki Ini. Tapi jadi kekeruhan macam ni…. kekalutan.
“Apa lagi yang saya dapat ucap melainkan saya memohon maaf banyak-banyak buat rakyat Malaysia, Anuar Zain, keluarga Zain.
“Maafkan saya dan saya harap sangat dapat berjumpa in person dengan Anuar Zain. Hajat besar ada, projek besar ada, insya-Allah,” tambah Vida.
Terdahulu, tular sepotong klip video di TikTok mengular siar rakaman IG Live Vida yang membalas pertanyaan peminat agar mendekati pelantun lagu Keabadian Cinta itu.
Secara berbisik, Vida seakan-akan membalas pertanyaan itu dengan menyebut perkataan tidak sepatutnya hingga mengundang rasa tidak puas hati netizen.
Kakak kepada Anuar, Ziana turut membidas tindakan Vida dan menganggap ia kenyataan berbaur biadab di ruang komen video TikTok yang viral itu. – MalaysiaGazette