A fish breeder was charged in the Magistrate’s Court here today with killing a mother and her three children in a road accident, at KM2 of Jalan Lebu-Felda Mempaga, Bentong, last week
Empat beranak maut dalam nahas di Kilometer 2 Jalan Lebu ke Mempaga, Pahang baru-baru ini.

KUANTAN – Seorang ibu bersama tiga anaknya yang dalam perjalanan menghadiri majlis perkahwinan di Kuala Lumpur maut dalam kemalangan di Kilometer 2, Jalan Lebu ke Mempaga di Bentong hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri Pahang, Superintendan Kamarulzaman Jusoh berkata, keempat-empat beranak itu cedera parah sebelum maut dalam kejadian pukul 3.10 petang.

Mangsa yang maut dikenali Raihan Mohamad, 43, merupakan suri rumah bersama tiga anaknya, Ahda Dalilil Mohd Nazri, 14, Ahmad Muadz, 7 dan Ahda Imtinan berusia empat tahun.

Bapa mereka, Mohd Nazri pula cedera dan kini dirawat di hospital.

Jelas Kamarul, kemalangan melibatkan kenderaan Toyota Vellfire dinaiki  lima sekeluarga dirempuh kenderaan pacuan empat roda jenis Navara yang dipercayai pemandunya di bawah pengaruh dadah selepas melanggar lampu isyarat.

“Kedua-dua pemandu Toyota Vellfire dan Navara mengalami kecederaan dan masih menerima rawatan di Hospital Temerloh.

“Mangsa sekeluarga dari Gua Musang menghala ke Kuala Lumpur untuk menghadiri kenduri kahwin. Apabila sampai di tempat kejadian keretanya membelok masuk ke simpang kanan selepas lampu isyarat hijau dan mendapati kenderaan di sebelah kanan arah bertentangan telah berhenti.

“Namun tiba-tiba Navara yang datang dari arah hadapan  dipercayai tidak berhenti semasa lampu isyarat merah di lorong kiri terus melanggar bahagian hadapan kereta mangsa menyebabkan Vellfire berpusing dan melanggar besi pembahagi jalan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Tambah Kamarul, ujian awal air kencing di Hospital Bentong mendapati pemandu Navara positif dadah jenis Opiate Amphetamine dan Methaphemine.

Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan di bawah Sekyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.