Bendera Rusia berkibar di Kedutaan Rusia di Washington. foto Reuters

MOSCOW – Rusia merancang membawa balik 27 diplomat Rusia dari Amerika Syarikat pada bulan ini, hanya meninggalkan 184 kakitangan di kedutaan Rusia di sana.

Amerika Syarikat telah menuntut 55 diplomat Rusia meninggalkan negara itu tahun ini.

Menurut Rusia, sebanyak 27 diplomat terpaksa berlepas bulan ini dan selebihnya dikehendaki kembali ke Rusia pada 30 Jun, kata kedutaan Rusia dalam Facebooknya.

Pentadbiran Presiden Joe Biden pada Oktober lalu berkata. kakitangan misi Amerika Syarikat di Rusia telah menyusut kepada 120 daripada 1,200 pada awal 2017 selepas beberapa siri pengusiran dan sekatan.

Kedutaan AS di Moscow juga telah berhenti memproses visa bukan diplomatik tahun ini dan menambahkan warga Rusia ke dalam senarai “warga gelandangan” yang boleh memohon visa di negara ketiga. – Reuters (https://www.reuters.com/world/russia-says-184-staff-stay-embassy-us-after-expulsion-2022-01-28/)