Lim Teong Kim.

KUALA LUMPUR – Bekas pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim membidas seorang peminat bola sepak tempatan yang mempersoalkan permintaan gajinya yang disifatkan terlalu tinggi.

Seorang pengguna Instagram @mipanzuzuzu533 memuatnaik satu komen di hantaran Instagram Teong Kim yang menyifatkan permintaannya terlalu tinggi bagi seseorang yang hanya mempunyai pengalaman sebagai pembantu jurulatih skuad bawah 19 tahun.

“Tingginya minta gaji… Hanya disebabkan pernah jadi pembantu jurulatih Bayern bawah 19 tahun,” katanya.

Teong Kim kemudian membalas komen tersebut dengan mengatakan bahawa tugas melatih skuad bawah 19 tahun bukanlah mudah, lebih-lebih lagi di kelab terbesar Jerman seperti Bayern Munich (FCB).

“Kamu ingat 12 tahun di FC Bayern tidak payah tunjuk kemampuan saya, kamu ingat FCB kepunyaan bapa saya?

“Kamu fikir saya hidup atas kebajikan selama 12 tahun di FCB?” ujar Teong Kim.

Kelmarin, dalam siaran langsung yang disiarkan oleh Astro Arena, Tunku Ismail dalam satu temu bual bersama Astro Arena pada Khamis mengatakan Teong Kim pernah meletakkan tanda harga sekitar 70 hingga 80 ribu Euro (RM330,000 antara RM374,000) sebulan untuk mendapatkan khidmatnya.

Menurut Tunku Ismail, permintaan gaji Teong Kim yang hanya berpengalaman melatih skuad pembangunan adalah tidak munasabah dan terlalu tinggi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast