(Picture for representational purposes only). Election Commission (EC) making final preparations by carrying poll boxes for the P.132 Port Dickson by-election. at Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Port Dickson, Port Dickson, Negeri Sembilan. PIX: SYAFIQ AMBAK / MalaysiaGazette / 12 OCTOBER 2018 Undi 18
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Seramai 2,599,797 juta pengundi aktif daripada keseluruhan 3.52 juta penduduk Johor yang layak mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Mengikut data terbaharu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), jumlah itu disenaraikan sebagai Daftar Pemilih Induk (DPI) yang diwartakan pada 17 Januari 2022.

Johor merekodkan seramai 2.57 juta pengundi biasa terdiri daripada orang awam, manakala seramai 10,958 pengundi tentera dan pasangan serta 11,578 pengundi polis dan pasangan.

Jumlah itu termasuk pengundi luar negara seramai 376 orang.

Bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Iskandar di Iskandar Puteri menyaksikan jumlah pengundi teramai iaitu seramai 116,230 orang diikuti DUN Puteri Wangsa di Tebrau melibatkan seramai 112,658 pengundi.

Terdahulu, SPR dalam satu kenyataan berkata, pihaknya akan bermesyuarat berkenaan PRN Johor pada 9 Februari ini bagi membincangkan tarikh-tarikh penting.

Pada 22 Januari lalu, Sultan Ibrahim berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor selepas menerima mengadap Menteri Besar. – MalaysiaGazette