KUALA LUMPUR – Seorang lelaki maut apabila kereta Perodua Kancil yang dipandunya hilang kawalan lalu merempuh guard rail (penghadang jalan) di KM 18 Jalan Lipis–Benta, Pahang awal pagi ini.

Dalam kejadian pukul 1.59 pagi itu, mangsa, Sin Chee Fat, 24, yang bekerja sebagai mekanik meninggal dunia di tempat kejadian kerana cedera parah di bahagian badan.

Hasil siasatan polis mendapati mangsa yang memandu kereta bersendirian dalam perjalanan ke Benta dari Lipis dipercayai hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan dan merempuh bucu guard rail.

Insiden tersebut menyebabkan kereta mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk bedah siasat selepas ujian Covid 19. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast