Maszlee Malik

KUALA LUMPUR – Dr Maszlee Malik mengalu-alukan sebarang siasatan ke atasnya yang didakwa terlibat dalam dakwaan rasuah semasa menjadi Menteri Pendidikan dari tahun 2018 hingga awal 2020.

Katanya, tiada apa yang perlu dinafikan dan menolak keras-kerasnya kenyataan bahawa beliau terlibat dalam rasuah.

Ahli Parlimen Simpang Renggam itu menyifatkaan dakwaan tersebut adalah dusta berbaur fitnah.

”Saya melihat perkara ini sebagai satu usaha pembunuhan karakter berunsur jahat (mala
fide) oleh pihak tertentu terhadap saya menjelang PRN Johor dan komitmen saya terhadap isu-isu pendidikan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Beliau mengalu-alukan sebarang siasatan kerana tiada apa yang perlu disembunyikan.

Katanya, hidup dan perjuangan saya adalah untuk memperjuangkan pendidikan, nasib OKU, nasib masyarakat miskin, kebajikan rakyat Simpang Renggam dan integriti negara. – MalaysiaGazette

SPRM nafi lakukan intimidasi terhadap Maszlee