ringgitHarga saham di Bursa Malaysia tinggi semasa dibuka hari ini, didorong beberapa sokongan belian dalam saham wajaran tinggi terpilih walaupun pasaran saham Asia mencatatkan prestasi bercampur-campur.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pelabur asing terus membeli ekuiti Malaysia untuk minggu ketiga pada jumlah yang lebih besar berbanding minggu sebelumnya.

Berdasarkan data Bursa, pelabur asing membeli bersih RM116.45 juta ekuiti tempatan minggu lepas, berbanding RM11.35 juta bersih pada minggu sebelumnya.

MIDF Research berkata, apabila pasaran dibuka semula pada Isnin minggu lepas, pelabur asing dan pelabur runcit masing-masing membeli RM60.14 juta dan RM5.89 juta bersih ekuiti tempatan.

Sementara itu, institusi tempatan memulakan minggu tersebut sebagai penjual bersih sebanyak RM66.03 juta.

Belian bersih terbesar oleh pelabur asing dicatatkan pada hari Selasa sebanyak RM89.04 juta juta.

Firma penyelidikan itu berkata, bagaimanapun momentum aliran masuk bersih asing pada hari Rabu perlahan kepada RM21.52 juta berikutan keputusan Rizab Persekutuan untuk meningkatkan kadar faedah.

Satu-satunya aliran keluar bersih daripada dana asing masuk pada hari Jumaat berjumlah RM99.07 jutawalaupun data ekonomi Malaysia yang kukuh selepas mengekalkan pertumbuhan eksport dua angka pada 21 Disember.

MIDF Research berkata, setakat Januari ini, aliran masuk bersih dana asing adalah sebanyak RM0.46 bilion.

Pelabur runcit adalah penjual bersih untuk majoriti minggu kecuali pada hari Isnin dan Khamis.

Jualan bersih terbesar oleh pelabur runcit pada hari Selasa sebanyak RM26.37 juta.

Untuk minggu ini, pelabur runcit menjual ekuiti bernilai RM30.69 juta, katanya.

Sementara itu, institusi tempatan merekodkan jualan bersih mingguan terkumpul sebanyak RM85.74 juta dan menjadi penjual bersih untuk semua hari dalam seminggu kecuali pada hari Jumaat selepas membeli RM110.44 juta.

Jualan bersih terbesar pada hari Isnin sebanyak RM66.03 juta.

Dari segi penyertaan, pelabur runcit, institusi tempatan dan pelabur asing masing-masing mencatatkan pergerakan mingguan sebanyak -11.07%, -20.59% dan -16.20% dalam purata nilai dagangan harian (ADTV). – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast