Marc Vales Gonzalez. Foto Facebook KDA FC.

KUALA LUMPUR – Kuota pemain import Kelab Bola Sepak Kedah Darul Amain (KDA FC) kini sudah lengkap sepenuhnya selepas mereka mengumumkan kemasukan pemain pertahanan baharu, Marc Vales Gonzalez.

Pemain yang berusia 31 tahun itu telah mengisi slot pemain import kuota antarabangsa ketiga KDA FC.

Kelab tersebut telah menandatangani Dechi Marcel N’guessan, Ronald Ngah Wanja (Kuota Antarabangsa), Jang Suk-Won (Kuota Asia) dan Dennis Buschening (Kuota Asean) sebagai empat  pemain import skuad hijau kuning itu sebelum ini.

Gonzalez merupakan pemain pertahanan skuad kebangsaan Andorra dan pernah beraksi di Sepanyol, Finland, Norway dan kelab di negaranya.

Kelab diwakilinya sebelum ini adalah Sandefjord Fotball di Norway sejak 2018 dan menjaringkan empat gol buat kelab tersebut.

Kedah juga merupakan pasukan pertama dari Asia yang disertainya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast