KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal bagi tempoh 3 Februari 2022 hingga 9 Februari 2022, kata Kementerian Kewangan.

Menurutnya, harga runcit petrol RON97 kekal RM3.12 manakala RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter) bagi melindungi pengguna daripada harga minyak semasa di pasaran global yang berapa pada paras yang tinggi.

Katanya, kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi
memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara. – MalaysiaGazette