Xinhua previously said, 84 people were taken to hospital for treatment following the blast.

PATNA, India- Sebuah lombong arang batu terbiar di timur India runtuh semasa aktiviti penggalian haram, membunuh sekurang-kurangnya lima orang, kata polis.

Mayat empat wanita dan seorang lelaki ditemui selepas lombong itu runtuh pada Selasa.

Pasukan penyelamat sedang mencari beberapa mangsa lain yang mungkin terperangkap dalam serpihan di Dhanbad, kawasan perlombongan di negeri Jharkhand.

Lombong itu telah ditutup oleh pihak berkuasa 15 tahun lalu, tetapi orang ramai masih mengeluarkan arang batu dalam keadaan berbahaya melalui “lubang tikus”.

Mereka mengeluarkan arang batu yang diletakkan di dalam kotak ke permukaan dengan takal.

Kemalangan semasa perlombongan haram kerap berlaku.

Ini kerana kebanyakan mata pencarian pelombong bergantung kepada penjualan arang batu secara haram.

Tahun lalu, enam pelombong maut selepas terperangkap dalam lombong arang batu terbiar yang runtuh di negeri Meghalaya.

Pada 2018, 15 pelombong terbunuh dalam satu lombong di kawasan Ksan, juga di negeri Meghalaya. – AP (https://apnews.com/article/business-india-accidents-488bd436b8ab334c2)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast