Kakitangan Olimpik memakai pakaian pelindung penuh (Foto: Andrew P Scott-USA TODAY Sports).

BEIJING – Enam atlet Jerman yang tiba di menyertai Olimpik di Beijing pada 3 Februari lalu telah disahkan positif Covid-19.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan tujuh kes dalam kalangan mereka setakat ini, kata pasukan itu.

“Tiga golongan dalam Pasukan D (Jerman) terjejas,” katanya dalam satu kenyataan namun tidak menamakan orang atau pasukan mana yang terjejas.

Bagaimanapun, seramai 78 atlet lain yang tiba dalam penerbangan yang sama telah diuji negatif.

Dalam pada itu, pemain luncur Jerman, Nolan Seegert telah diuji positif Covid-19 sevanyak dua kali di Beijing dan mengasingkan diri di sebuah hotel memaksa negara itu tercicir daripada acara luncur angka dalam acara berpasukan.

Bukan itu sahaja, sebilangan atlet telah pun diketepikan daripada temasya yang berlansgsung 4 hingga 20 Februari ini selepas disahkan positif semasa tiba di lapangan terbang.

Sementara itu, penganjur berkata, setakat ini, seramai 287 peserta termasuk atlet, jurulatih, pegawai, media dan kakitangan penganjur  telah diuji positif di Beijing.

Malah, sebanyak 610,000 ujian telah dijalankan sehingga semalam.

Atlet yang ingin kembali ke pertandingan dan latihan perlu tanpa gejala dan menyediakan dua ujian negatif selang 24 jam untuk dibebaskan daripada pengasingan.- CNA NEWS -https://www.channelnewsasia.com/sport/six-german-athletes-test-positive-covid-19-arrival-beijing-2478951