Zuraida Kamaruddin Parti Bangsa Malaysia new party
Zuraida Kamaruddin

KUALA LUMPUR – ”Ini macam dah ada yang tersilap tekan butang,” kata Datuk Seri Ahmad Zahidi Hamidi.

Beliau mengulas tentang nasib Datuk Zuraida Kamaruddin yang dikeluarkan daripada kumpulan Whatsapp Ahli Majlis Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) baru-baru ini.

Presiden UMNO itu berkata, ketika Presiden PPBM dan sekutunya suka memperlekeh UMNO sampai mendakwa hanya dengan menekan satu butang kerajaan Johor boleh jatuh, tiba-tiba politik negara dikejutkan dengan Zuraida ditendang keluar dari kumpulan perbualan itu.

Menurutnya, semuanya tampak semakin berantakan.

Kejadian itu dipercayai ada kaitan dengan spekulasi siasatan terhadap Zuraida yang didakwa menjadi individu di sebalik penubuhan Parti Bangsa Malaysia.

“Lain yang nak ditumbang, lain yang ditendang,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast