Mahasiswi, Nur Syareeza Abdullah bercakap pada media mengenai pelaksanaan undi 18 tahun selepas hadir pada Program Sembang Santai Bersama Mahasiswa Johor di Restoran Yasin Kampung Bharu, Johor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 05 FEBRUARI 2022.

JOHOR BAHRU – Pencalonan golongan muda atau muka baharu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak memberi kesan ketara kepada pengundi muda.

Rata-rata pengundi muda yang ditemui mahu calon yang bersih daripada rasuah dan berintegriti.

Malah mereka mahukan calon yang mudah mendekati golongan berkenaan untuk mendengar harapan anak muda.

Mahasiswa, Nur Syareeza Abdullah, 25, berpendapat, calon veteran yang bakal diketengahkan bukannya masalah jika individu yang dipilih itu pandai mendekati jiwa orang muda sepertinya.

“Sebagai anak muda macam mana pun kita ingin pemimpin berkaliber dan dapat jadikan Malaysia lebih baiklah.

“Jikalau dilihat, kita tengok dari ekonomi, peluang pekerjaan dan juga lebih focus menyatukan rakyat kerana kerajaan sekarang (yang memperkenalkan) Keluarga Malaysia, oleh itu hasrat sebagai satu Malaysia menjadi lebih baik masa akan datang,” katanya ketika ditemui pada program Santai Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan Bersama Mahasiswa Johor, di sini, hari ini.

Mahasiswa, Muhammad Zikiri Hasan bercakap pada media mengenai pelaksanaan undi 18 tahun selepas hadir pada Program Sembang Santai Bersama Mahasiswa Johor di Restoran Yasin Kampung Bharu, Johor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 05 FEBRUARI 2022.

Bagi Mohd Zikri Hasan, 23, siapa pun calon pada PRN Johor, sama ada calon muda atau lama, apa yang diharapkan mereka yang terpilih sebagai wakil rakyat mempunyai ketokohan untuk memimpin.

“Bagaimanapun saya ingin ambil kesempatan setiap anak muda mengkaji sebelum memilih sebab kita nak tentukan hala tuju negara dengan baik kita tidak mahu gangguan pentadbiran negara rakyat merana.

“Anak muda lagi, kita nak timba pengalaman kita nak timba perkara baharu,hidup dalam keadaan aman,kita nak hidup dalam hari hari yang indah .Jadi saya pilih calon tegas dan berpengalaman,” katanya.

Tambah beluau, muda tidak semestinya belasan tahun tetapi apa yang dimaksudkan dengan muda ialah individu itu perlu menjiwai apa yang masyarakat mahu.

Mahasiswa, Ahmad Al-Mubarak bercakap pada media mengenai mengenai pelaksanaan undi 18 tahun selepas hadir pada Program Sembang Santai Bersama Mahasiswa Johor di Restoran Yasin Kampung Bharu, Johor. Foto AMIRUL SHAUFIQ 05 FEBRUARI 2022.

Sementara itu, Ahmad Al Mubarak Tumi, 25, mahu kepimpinan kerajaan yang stabil dan dapat membantu golongan muda terutama dalam menjamin soal membabitkan peluang pekerjaan.

“Bagi saya sudah tentu kita inginkan parti yang mempunyai rekod baik yang boleh menjamin kestabilan Johor seterusnya kestabilan masa depan generasi muda.

“ini sebab kita sudah melalui satu fasa yang saya kira keadaan negara tidak stabil dalam keadaan pandemik, oleh itu sekarang kita orang muda rakyat inginkan kerajaan stabil yang boleh menjamin masa depan orang muda itu sendiri,” katanya.

Khairyl Azman Abdullah, 25,  inginkan calon yang bersih dan boleh dijadikan ikon.

“Kalau anak muda terutama mereka mesti tidak pernah dituduh apa-apa itu lebih  baik” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast