Dr. Adham Baba (tengah) bersama wakil media semasa selepas perjumpaan bersama media Johor di Johor Bahru hari ini.

JOHOR BAHRU – Lima objektif utama bagi memastikan kerajaan Johor berada dalam keadaan stabil dalam manifesto Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ketua Penerangan UMNO Johor, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, manifesto yang sama juga akan memfokuskan semua peringkat usia.

“Kerana kita ada lima matlamat merangkumi pelbagai aspek kehidupan daripada pelbagai usia terutama golongan baharu mendaftar (pengundi).

“Jadi pengalaman menarik dan tentu sekali kita akan menghidangkan dengan matlamat boleh memenuhi cita rasa dan matlamat mereka.

“Kita akan umumkan manifesto ini dengan garis panduan memikirkan bahawa kita tidak meninggalkan mana-mana pihak dalam semua perkara,” katanya yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perjumpaan bersama media Johor di sini hari ini.

Hadir sama, Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Norshida Ibrahim dan Setiausaha Akhbar Menteri Besar Johor, Nurul Huda Hassan.

Dr Adham dalam pada itu juga menyatakan, BN Johor  akan mewajibkan semua 56 calonnya melantik pegawai media bagi tujuan menangani isu semasa yang boleh disampaikan secara lebih berkesan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast