Nabila dilantik duta Himaya Premium Hijab Medical Face Mask jenama Himaya.

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Nabila Razali meluahkan rasa syukur kerana dilantik Duta Himaya Premium Hijab Medical Face Mask walaupun berdepan pelbagai kontroversi dan dugaan sejak kebelakangan ini.

Malah, penyanyi lagu Peluang Kedua itu terharu kerana menjadi pilihan produk pelitup muka yang bukan biasa-biasa tetapi dihasilkan dengan kualiti tinggi untuk kepentingan kesihatan .

Kata Nabila, ia sekaligus mampu memberi manfaat kepada pengguna dalam mengekang penularan wabak Covic-19 terutama varian Omicron.

“Dalam keadaan negara yang masih pandemik, pemakaian pelitup muka kekal penting dan orang ramai mesti memilih pelitup muka yang tepat untuk penjagaan kesihatan.

“Jangan ingat tutup mulut sahaja sudah selamat tetapi itu belum mencukupi untuk perlindungan diri sendiri, keluarga dan orang di sekeliling kita,” katanya gadis berusia 29 tahun itu.

Himaya H99 adalah keluaran terbaru untuk musim ini yang pertama direka khas bersama jalur logam dengan span lembut anti-peluh membuatkan pelitup muka terletak kemas, memberikan keselesaan pernafasan dan tidak merengsakan kulit wajah.

Hadir dengan warna bercorak membuatkan pelitup muka ini nampak lebih elegan pada si pemakai.

Jelas Nabila, Himaya H99 ini juga menepati ciri-ciri keselamatan dengan penggunaan pelitup muka perubatan (4 ply surgical mask) material fabrik yang lebih lembut, tidak berbulu, kalis air dan tidak mudah berkabus (untuk mereka yang berkacamata).

“Paling saya suka, pelitup muka Himaya direka khas untuk yang berhijab (headloop) dan didatangkan dengan pelbagai warna menarik sesuai digayakan dengan semua warna baju.

“Anda masih boleh berfesyen dengan Himaya dan sebagai artis, pastinya Himaya mudah disuai padan dengan pakaian saya untuk ke semua acara,” katanya.

Untuk musim baru  tahun 2022, Himaya melancarkan empat warna baru iaitu Chic Vintage, Pink Dew, Celadon Green dan Teal In Spring.

 

Nabila Razali.

Kata Nabila lagi, pelitup muka Himaya juga ‘melindungi’ solekannya kerana rekaannya jauh sedikit daripada bibir yang  tidak merosakkan gincu.

“Dengan Himaya saya tidak perlu risau lagi jika solekan saya akan rosak. Gincu saya kekal dan tidak comot,” katanya.

Nabila juga berkata, dia gembira dapat bekerjasama dengan Himaya kerana syarikat pengeluar pelitup muka itu, Anggun Kirana Sdn. Bhd. yang begitu prihatin terhadap masyarakat.

“Ketika negara dilanda banjir luas biasa pada Disember lalu, syarikat tampil memberikan sumbangan kepada mangsa banjir,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk KK Chua berkata, perjuangan masyarakat dunia untuk menyekat penularan Covid-19 belum berakhir apabila pada Disember lalu Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengumumkan varian baru Omicron sebagai varian yang membimbangkan (VOC).

“Bagi mengekang penularan varian baru ini, H99 memberi perlindungan sehingga 99 peratus. Untuk setiap keluaran terbaru, Himaya terus mempertingkatkan kualiti bagi penjagaan kesihatan yang maksimum.

“Dalam keadaan sekarang, kita masih perlu melakukan pelbagai urusan seharian. Jadi dengan adanya Himaya, pengguna tidak perlu risau asalkan mereka sentiasa mengenakan pelitup muka yang menetapi piawaian diperlukan untuk penjagaan kesihatan,” katanya.

Datuk KK Chua berkata lagi, syarikat akan terus mengeluarkan pelitup muka berkualiti dengan warna-warna baru bagi memenuhi kehendak pengguna.

“Sekarang orang ramai wajib memakai pelitup muka dan Himaya berusaha untuk memenuhi keperluan orang ramai tampil bergaya tanpa mengabaikan penjagaan kesihatan.

“Mereka masih boleh bergaya dengan Himaya dan sesuai digayakan di mana saja tanpa menjejaskan penampilan. Himaya juga selesa dipakai lama tanpa merengsakan kulit wajah,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast