Hishammuddin Hussein Covid-19 positive
Hishammuddin Hussein

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM), Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) akan mengadakan perbincangan bagi meneliti syor pembukaan semula sempadan negara.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, perbincangan itu akan meneliti masa yang sesuai untuk pelaksanaan pembukaan semula sempadan negara berdasarkan penilaian risiko jangkitan Covid-19 semasa dalam negara.

Hasil perbincangan ketiga-tiga kementerian berkenaan akan dibawa ke semula ke Mesyuarat Kuartet Menteri Covid-19 sebelum dilanjutkan ke peringkat Kabinet.

“Saya arahkan KKM, Imigresen dan MOTAC melakukan persiapan untuk berbincang syor Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya ketika sidang media hari ini.

Menurut Hishammuddin, aspek penerimaan dua hala negara antara yang perlu dipertimbangkan sebelum keputusan membuka sempadan untuk semua negara diputuskan.

“Kita kena lihat perbincangan tiga kementerian ini ia akan dibawa balik ke kuartet . Ini keputusan besar lebih lagi negara yang ada hubungan dua hala dengan kita tapi tidak melakukan tindakan sama pembukaan kepada warga kita.

“Kita nak buka sempadan untuk orang datang tapi kita tidak mahu negara itu tidak terima warga kita,” katanya lagi.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, syor yang diutarakan Muhyiddin menerusi Mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) masih peringkat cadangan dan belum dimuktamadkan.

“Sebab ia cadangan jadi ia tidak semestinya seawal Mac dilaksanakan,” tambahnya.

Mesyuarat MPN hari ini setuju mengesyorkan supaya kerajaan membuka semula sempadan seawal Mac.

Pengerusi MPN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tindakan itu dilihat akan dapat membantu proses pemulihan begara dan industri pelancongan.

Sementara itu, Hishammuddin dalam sidang media yang sama mengumumkan pemansuhan buku rekod check in masuk premis sebagai salah satu Prosedur Operasi Standard (SOP) bermula 11 Febuari.

Bagaimanapun kata beliau, kerajaan mengalu-alukan pemilik premis masih ingin meneruskan pelaksanaan SOP berkenaan. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast