Aktivis, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai Uncle Kentang.

KUALA LUMPUR – Aktivis terkenal, Kuan Chee Heng atau lebih dikenali sebagai disahkan positif Covid-19 tahap 4 terharu dan mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai.

”Kini saya tak sempat jawab. Bila sembuh saya akan balas mesej anda. Love all of you,” katanya dalam hantaran terbaharunya.

Beliau yang berusia 57 tahun kini menerima rawatan di Hospital Serdang.

Beliau berkongsi berita sedih itu menerusi hantaran di Facebook semalam.

Dalam catatannya, Uncle Kentang meminta maaf kerana telefon bimbitnya akan ditutup selama tujuh hari.

”Maaf. Telefon saya akan dimatikan 7 hari. Positif Covid tahap 4. Kini di Hospital Serdang. Pejabat akan ditutup selama 4 hari mulai hari ini,” katanya semalam.

Tambahnya, talian hotline juga akan ditutup kecuali ambulans.

Beliau berkata, ambulans akan ditambah kepada dua unit kerana kes Covid-19 semakin meningkat.

Untuk panggilan Covid, orang ramai boleh menghubungi talian 012 2423360.

Manakala untuk ambulans, hubungi talian 01155052148 .

”Kekal selamat. Tiada pesta riang. Pakai topeng sepanjang masa. Tolonglah,” katanya. – MalaysiaGazette