KUALA LUMPUR – Penemuan satu bungkusan plastik dalam keadaan mencurigakan di belakang sebuah kedai motosikal di Seksyen 27, Shah Alam dekat sini semalam didapati berisi patung berbentuk wanita.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, bungkusan tersebut ditemui oleh petugas Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Waste Management Sdn. Bhd. pada pukul 3 petang.

“Hasil pemeriksaan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor mendapati bungkusan tersebut hanya lah berisi patung lilin berbentuk wanita yang dibalut dengan kain selimut dan plastik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Patung berbentuk wanita yang ditemui di belakang sebuah kedai motosikal di Seksyen 27, Shah Alam semalam yang disangka mengandungi mayat manusia. FOTO media sosial

Baharudin menjelaskan, kes tersebut diklasifikasikan sebagai no offence disclosed (NOD) berikutan tiada sebarang kesalahan jenayah berkaitan.

Justeru katanya, orang ramai dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung gambar yang tular di media sosial.

Dalam pada itu, gambar-gambar yang memaparkan patung dalam keadaan bogel bersaiz manusia tersebut didapati sedang tular di laman Facebook serta Twitter.

Rata-rata pengguna menyifatkan penemuan patung berkenaan sebagai kejadian menggemparkan kerana ia menyerupai mayat yang dibalut selain mengaitkan dengan aktiviti tidak bermoral. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast