Home Nasional Banyak lagu parodi luahan rakyat terdesak mahu pengeluaran RM10,000 KWSP – Asyraf

Banyak lagu parodi luahan rakyat terdesak mahu pengeluaran RM10,000 KWSP – Asyraf

KUALA LUMPUR – Tidak guna kerajaan membicarakan masa depan jika kelangsungan hidup masa sekarang juga tiada jaminan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dasuki berkata demikian bagi mengulas macam-macam lagu parodi yang dicipta bagi menggambarkan harapan rakyat yang amat terdesak terhadap pengeluaran kali terakhir RM10,000 dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Katanya, dengan kadar kes Covid-19 yang meningkat, walaupun tidak banyak yang mengalami tahap tiga ke atas, namun ramai yang terpaksa melalui kuarantin kendiri hingga menjejaskan punca pendapatan mereka.

”Rakyat tidak menuntut jika tidak berkeadaan terdesak.

”Setiap hari kami masih menerima mesej-mesej harapan daripada pelbagai kelompok rakyat yang turut berkongsi keperitan untuk meneruskan kelangsungan hidup mereka dengan hutang mencanak, komitmen bulanan tertunggak, kos sara hidup meningkat akibat harga barang naik mendadak,” katanya lagi.

Malah, dua hari lepas persatuan-persatuan daripada sektor pengangkutan juga sampaikan memorandum berkongsi kepayahan mereka dan turut berharap wang simpanan mereka sendiri. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast