Inland Revenue Board IRB income tax taxation system Budget 2022
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) mengingatkan para majikan berkenaan tanggungjawab mereka untuk menyediakan penyata saraan pekerja bagi tahun 2021.

Mengikut peruntukan subseksyen 83(1A) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967), penyata saraan ini yang juga dikenali sebagai Penyata EA (bagi majikan sektor swasta) dan Penyata EC (bagi majikan sektor kerajaan) hendaklah diserahkan kepada pekerja pada atau sebelum 28 Februari setiap tahun bagi membolehkan pekerja mereka melengkapkan seterusnya mengemukakan Borang Nyata masing-masing kepada HASiL dalam tempoh yang telah ditetapkan.

Para majikan boleh merujuk Nota Panduan untuk mengisi Penyata EA dan EC ini yang ada disediakan dalam Portal Rasmi HASiL di www.hasil.gov.my atau melalui pautan pantas Nota_Penerangan_E2021_1.pdf (hasil.gov.my)

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada HASiL melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);

b) HASiL Live Chat; dan

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi LHDNM di pautan pantas

https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast