Datuk Seri Zailan Abd Ghapar (dua dari kanan) dan Prof Madya Dr. Mohd Zanizan Shahdan memeterai kerjasama antara KDMI-UTHM hari ini.

KUANTAN – Kumpulan Maju Industri Desa (KMDI) Malaysia Berhad menyasarkan 50 kawasan perlombongon di Pahang untuk dimajukan melalui kerjasamma dengan Universiti Tun Hussien Onn Malaysia (UTHM).

Pengerusi Kumpulan KMDI, Datuk Seri Zailan Abd Ghapar berkata, kerjasama tersebut dimeterai bermula tahun ini sehingga 2025 dalam menjalankan usahasama kepakaran dalam bidang mineral dan air.

Kerjasama yang dijalankan itui menekankan konsep menjaga ekosistem dan mengganggarkan unjuran pendapatan sebanyak RM530 juta menjelang pada 2025.

“Kerjasama ini memberi peluang kepada KMDI dan UTHM menjadi perunding mineral kepada kerajaan negeri dan agensi kerajaan terbesar di Malaysia bertaraf syarikat bumiputera.

“KMDI menjalankan kerja-kerja perunding perlombongan sekitar Kuala Lipis dan operator pelombongan seperti bijih besi, emas dan  silika kaolin,” katanya menerusi sidang media di Wisma KMDI hari ini.

Jelas Zailan, projek yang sama juga menekankan aspek pemuliharaan semula selepas aktiviti perlombongan selesai dengan cara penanaman semula tanaman hutan bagi mengekalkan ekosistem serta mengelak fenemona bencana alam seperti banjir.

Manakala Ketua Kumpulan Intergrasi Water Technology Engineering UTHM, Prof Madya Dr. Mohd Zanizan Shahdan pula berkata, usahasama ini sekali gus memberi peluang kepada graduan mencari pengalaman dalam industri sekali gus mendapatkan pekerjaan.

“Kawasan yang akan diterokai lebih dari pada 500 ekar, jadi teknologi yang canggih  bagi mengesan sumber mineral di bawah tanah menggunakan kepakaran UTHM sangat menjimatkan kos dan memberi pulangan hasil lebih baik,” katanya. – MalaysiaGazette