Nornekman menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta

JOHOR BAHRU – Timbalan Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Negeri Johor, Nornekman Osman yakin pengundi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas khususnya penyokong  bapanya, Allahyarham Datuk Osman Sapian akan memberi sokongan kepadanya dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Katanya, selain itu, beliau mempunyai pengalaman dalam bidang politik dan pernah menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini.

Nornekman

“Sebab saya mempunyai pengalaman dalam tiga-tiga parti yang mungkin ada dalam parti Besatu tiada. Dalam UMNO tiada apa lagi dalam PH.

“Saya ada pengalaman kerja bersama PH yang lepas dan pernah bersama mengasas Bersatu dalam negeri Johor ini.

Nornekman menyampaikan sijil penghargaan kepada peserta Kayuhan Sehati Sejiwa Remaja Jelajah Kempas 2022 di sini hari ini.

“Saya pernah berkhidmat dalam kerajaan negeri Kedah lebih kurang sama dengan Johor kalau Johor JCS dia KCS duduk dalam pejabat Menteri Besar,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan program Kayuhan Sehati Sejiwa Remaja Jelajah Kempas 2022 melibatkan jarak kayuhan sejauh 30 kilometer di sekitar Kempas, bermula pukul 8.30 pagi, hari ini.

Menurut Nornekman, pengalaman yang dimiliki itu perlu dicurahkan di Johor.

Sementara itu, Nornekman berkata, Kayuhan Sehati Sejiwa Remaja Jelajah Kempas 2022 dapat memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat

Selain itu, katanya, ia bertujuan untuk memberi hebahan kepada masyarakat khususnya pengundi baharu untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing.

“Bagi saya, perlu untuk mereka keluar undi beramai-ramai kerana ini adalah hak mereka dan yang yang dipilih ini adalah wakil daripada rakyat,”katanya. – MalaysiaGazette