Senator Datuk Razali Idris.

KUALA LUMPUR – Tindakan Datuk Puad Zarkashi menghentam Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) lebih dilihat usahanya untuk mempromosi diri termasuk untuk menjadi calon lagi pilihan raya umum akan datang.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu, Senator Datuk Razali Idris berkata, jika ia berlaku, rakyat Johor perlu menolak Puad dan Barisan Nasional (BN).

“Dia (Puad) bekas Pengarah Jasa yang gagal sehingga UMNO dan BN tumbang dalam PRU-14. Dia juga gagal dan kalah di Batu Pahat.

“Dia juga salah seorang pendesak supaya diadakan PRU-15. Itulah siapa sebenarnya Mohd. Puad Zarkashi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Razali, berdasarkan rekod kegagalan Mohd. Puad yang merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO sudah lama ditolak oleh pengundi dan rakyat.

“Kini saya tengok dia buat kenyataan menghentam Muhyiddin dengan harapan kehadirannya dalam UMNO dan dalam kalangan rakyat tidak dilupakan terutama ketika PRN Johor ini,” kata Razali.

Razali mengulas kenyataan Mohd. Puad yang menuduh Muhyiddin sebagai pakara khianat hingga terpaksa dipecat dari UMNO dan sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Razali meminta rakyat terutama rakyat Johor supaya memikir siapa sebenarnya Mohd. Puad dan alasan sebenar Muhyiddin dipecat.

Jelasnya, rakyat semua mengetahui fakta sebenar  Muhyiddin dipecat kerana hendak memperbetulkan kerajaan ketika itu dan juga UMNO iaitu isu 1MDB.

Beliau berkata, disebabkan teguran itulah Muhyiddin dipecat dan ini jelas bahawa hakikatnya Muhyiddin mementingkan integriti.

“Kini semua sudah jelas dari teguran Muhyiddin itu, apabila Datuk Seri Najib Tun Razak terpalit dengan kes mahkamah dan didapati bersalah. Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pula diarah untuk membela diri dengan kes mahkamahnya. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Muhyiddin pakar khianat, dakwa Puad

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast