Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi angpaw kepada kanak-kanak dari Bodhi Homecare pada sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Persatuan Rantaian Peruncitan dan Francais ASEAN (ARFF) di Hotel Hilton Kuala Lumpur. Foto AFFAN FAUZI, 13 FEBRUARI 2022.

KUALA LUMPUR – Kerajaan memberi jaminan tiada sekatan untuk pembukaan bazar Ramadan pada tahun ini.

Bagaimanapun, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah-langkah pelaksanaan bazar Ramadan itu akan diperhalusi oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Belum lagi ..lagipun saya dah bagitau kita tidak akan menutup perniagaan. Setakat hari ini kita tak akan tutup, itu keputusan yang masih lagi kita laksanakan.

“Saya dah sebut, raya ke bulan puasa ke, pasar Ramadan ke, pasar malam ke masih dibuka seperti biasa. Jadi, saya percaya tiba masanya nanti keputusan yang sama masih dikekalkan,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kebimbangan peniaga bazar Ramadan ekoran peningatan kes jangkitan Covid-19 sejak kebekalangan ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Asean Retail Chain Franchise Federation Committee di sini, hari ini.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata, meskipun aktiviti perniagaa dibenarkan buka seperti biasa tetapi aspek keselamatan rakyat sentiasa jadi keutamaan kerajaan.

Justeru katanya, semua tindakan yang diputuskan sebelum ini masih kekal dan hanya SOP untuk tujuan tertentu sahaja yang berubah. – MalaysiaGazette