Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Operasi Pusat Pemeriksaan Kenderaan cawangan Senai, Johor ditutup sementara mulai hari ini mulai 14 Februari 2022 bagi melakukan proses disinfeksi dan sanitasi.

Puspakom berkata, pelanggan yang telah membuat temujanji pemeriksaan di cawangan tersebut, bayaran temujanji akan dipulangkan secara automatik dalam tempoh 30 hari dan pelanggan diminta untuk mengabaikan Peringatan Temujanji MyPUSPAKOM jika ada menerimanya.

Sebagai alternatif, pelanggan yang terjejas akibat penutupan boleh hadir ke cawangan berdekatan seperti Puspakom cawangan Johor Bahru atau Kluang dan dibenarkan hadir secara walk-in dan membuat bayaran di sana dengan membawa slip temujanji Puspakom Senai sebagai bukti temujanji.

Pembukaan semula Puspakom Senai akan diumumkan kelak.

Orang ramai boleh mengikuti Facebook Puspakom Sdn Bhd atau melayari www.puspakom.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung operasinya dari semasa ke semasa. – MalaysiaGazette