Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah flood victims Covid-19 positive infectious diseases
Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 30 kes daripada 22,133 kes yang didapati positif Covid-19 kategori 3, 4 dan 5 hari ini, tidak divaksin atau belum lengkap divaksinasi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, 79 kes lagi adalah pesakit yang telah menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak.

Kata beliau, kumpulan itu berisiko kerana kemungkinan tahap imuniti terhadap Covid-19 telah menurun.

“Daripada jumlah itu juga, satu kes dikesan melibatkan ibu mengandung dan 58 kes lagi mereka yang berumur 60 tahun dan ke atas,” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan (KKM) juga mendapati 46 kes lagi mempunyai penyakit komorbid dan 15 kes telah meninggal dinia, di mana dua adalah kes BID.

“Meskipun semasa kes diuji dan baharu didiagnosa, kebanyakan pesakit adalah pada kategori yang rendah, namun dalam hari-hari berikutnya ada kes yang boleh merosot ke kategori yang lebih tinggi atau sebaliknya lalu dimasukkan ke hospital.

“Sehingga hari ini, kes baharu Covid-19 yang dimasukkan ke hospital adalah 1,432 kes iaitu 505 kes kategori 3, 4, dan 5 serta 927 kes kategori 1 dan 2.

“Manakala  25 kes baharu telah dimasukkan ke ICU dan 1,407 kes baharu telah ditempatkan di katil biasa,” katanya.

Pada masa sama, kata Dr. Noor Hisham, sebanyak 984 kes Covid-19 telah didiscaj daripada ICU dan katil biasa di hospital.

Antara sebab kemasukan pesakit Covid-19 kategori 1 dan 2 ke hospital adalah Medical emergency (contohnya penyakit kencing manis atau darah tinggi yang tidak terkawal);

Baru dikenalpasti menghidap penyakit tidak berjangkit yang tidak terkawal (contohnya darah tinggi atau kencing manis) semasa mendapat pemeriksaan di CAC;

Penjaga kepada pesakit pediatrik dan geriatrik, kes-kes bbstetrik yang memerlukan pemantauan rapi, pesakit Immunocompromised (HIV, pesakit yang sedang menerima rawatan kemoterapi);

Kemasukan melalui wad kecemasan, keadaan rumah yang kurang bersesuaian, kes kanak-kanak, dehidrasi atau kekurangan air dalam badan, demam berpanjangan dan kelesuan, mempunyai penyakit kronik dan tiada penjaga. – MalaysiaGazette