Foto The Bangkok Post.

MILAN – Liverpool meneruskan aksi cemerlang dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah apabila menewaskan Inter Milan, 2-0 pada perlawanan pertama kelompok 16 terakhir di di Giuseppe Meazza  awal pagi tadi.

Dua gol menerusi Roberto Firmino dan Mohamed Salah ketika perlawanan berbaki 15 minit separuh masa kedua memastikan kemenangan berharga buat anak didik Jurgen Klopp.

Kemenangan bergaya itu juga memastikan Liverpool meneruskan rekod tanpa kalah yang dilakukan di peringkat kumpulan sebelum ini.

Tanpa sebarang gol pada babak pertama, Inter Milan dilihat berjaya memberi tekanan dan asakan kepada Liverpool namun Firmino yang masuk sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua memastikan jurang kedua-dua pasukan.

Bermula sepakan percuma, Firmino bijak menanduk lantaarn tersebut untuk gol pertama pada minit ke-75 sebelum Salah menggandakan kelebihan pada minit ke 83 untuk kemenangan mutlak 2-0 mengatasi Inter Milan.

Sementara itu, dalam satu lagi perlawanan, Red Bull Salzburg terikat 1–1 dengan Bayern Munich di tempat sendiri. – MalaysiaGazette

https://www.skysports.com/football/inter-milan-vs-liverpool/461091

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast