JOHOR BAHRU- Presiden Parti Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal mengakui bekas Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Tebrau, Mazlan Bujang telah menemuinya beberapa kali.
Beliau menjawab soalan itu kepada media apabila ditanya mengenai Pelancaran Parti Warisan Johor di Taman Sutera malam kelmarin menarik perhatian ramai apabila skrin memaparkan wajah Mazlan.
“Dia (Mazlan) ada jumpa saya banyak kali dan kita bercerita dan dia sampaikan sesuatu. Dia yang penting kalau masuk Warisan, calon itu bukan keutamaan bagi kita.
“Kalau kita nak sokong buat perubahan, kalau nak sokong untuk calon itu lain cerita.
“Kalau orang nak masuk dalam parti kita tidak boleh halang, orang lain beli saya punya ADUN (Ahli Dewan Undangan) tetapi orang lain nak masuk parti saya, saya tidak beli pun” katanya ketika ditemui hari ini.
Ditanya sama ada Mazlan akan dicalonkan mewakili Warisan dalam PRN Johor, Mohd Shafie berkata, perkara itu belum diputuskan.- MalaysiaGazette
ARTIKEL BERKAITAN:
Cakap pusing2