Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikenakan di Taman Rimba Mentakab, Pahang sejak 7 Februari lalu akan ditamatkan esok.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikenakan di Taman Rimba Mentakab, Pahang sejak 7 Februari lalu akan ditamatkan esok.

Menurut Ketua Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Rodzi Md Saad, tiada sebarang lokaliti dilaksanakan PKPD baharu mahu pun lokaliti dilanjutkan.

“Tiada pelaksanaan PKPD baharu dan tiada PKPD dilanjutkan,” katanya dalam kenyataan harian MKN hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, PKPD di Taman Rimba Mentakab itu merupakan kali ketiga ia dilaksanakan di kawasan tersebut.

Kawasan berkenaan pernah dikenakan PKPD dua kali pada tahun lalu iaitu dari 22 Jun sehingga 5 Julai dan kemudian dari 8 Ogos hingga 21 Ogos. – MalaysiaGazette