Dr Izani Husin

KOTA BHARU – Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan Dr Izani Husin disahkan positif COVID-19 sejak Selasa lepas.

Menurut kenyataan media pejabatnya di laman Facebook, beliau kini dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini.

“Semoga Allah SWT memberi kesembuhan dan memudahkan urusan kita semua. Terus patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan demi kebaikan bersama,” menurut kenyataan itu, semalam.

Sementara itu, menerusi hantaran di Facebook, anak Dr Izani, Shahid, memaklumkan bahawa ibu bapanya kini ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital berkenaan.

“Semoga Allah memberi kekuatan untuk ayah dan umi yang diuji dengan COVID-19. Sekarang (mereka) dirawat di ICU HRPZ II.. Sama-sama doakan kesihatan ayah (dan) umi,” katanya. – Bernama

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast