Ketua Operasi Agihan Daerah Petaling, Divisyen Operasi Agihan Asnaf Lembaga Zakat Selangor, Mohammad Sharil Ritin menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir, Abdul Rahman Osman dan isterinya Rosidah Dahlan yang menghidap sakit buah pinggang ketika di kediamannya Bukit Lanchong, Puchong. Foto MOHD ADZLAN, 14 FEBRUARI 2022.

HULU LANGAT – Tragedi banjir yang melanda pada 18 Disember lalu menjadi mimpi buruk buat pasangan warga emas di Kampung Batu 17, Dusun Tua di sini, selepas hampir separuh daripada struktur kediaman mereka musnah dihanyutkan arus deras.

Menurut Mardianis Sulim, 63, lidahnya kelu melihat keadaan rumah yang sudah lebih 20 tahun didiaminya itu, kini sudah tidak lagi sempurna.

Hanya ruangan dapur, sebuah bilik tidur dan separuh daripada ruang tamu masih kukuh berdiri sementara bahagian lain hancur akibat dihentam dahan kayu balak dan batu.

Mengimbas kembali detik pada malam kejadian, Mardianis berkata, paras air meningkat dengan begitu mendadak sehingga menenggelamkan separuh rumahnya.

“Ketika itu makcik hendak menunaikan solat Isyak, bila jenguk melalui tingkap air memang dah naik.

Ketua Operasi Agihan Daerah Petaling, Divisyen Operasi Agihan Asnaf Lembaga Zakat Selangor, Mohammad Sharil Ritin berbincang sesuatu bersama mangsa banjir, Abdul Rahman Osman dan isterinya Rosidah Dahlan yang menghidap sakit buah pinggang ketika di kediamannya Bukit Lanchong, Puchong. Foto MOHD ADZLAN, 14 FEBRUARI 2022.

“Lepas itu kami semua anak beranak selamatkan diri dengan berdiri di atas rak di bahagian dapur sambil menjerit minta tolong,” katanya kepada Malaysia Gazette ketika ditemui baru-baru ini.

Jelas Mardianis, ketika kejadian dia berada bersama suami, Ajes Rashid, 65, serta dua anak perempuan dan tiga cucu yang berusia antara dua hingga 10 tahun.

Cerita Mardianis lagi, nasibnya baik apabila anak saudara yang tinggal berhampiran mendengar jeritan mereka dan datang membantu untuk menyelamatkan mereka sekeluarga.

“Hampir tengah malam baru lah kami keluar dari rumah itu pun selepas dibantu oleh anak saudara yang tinggal berhampiran.

Ketua Operasi Agihan Daerah Petaling, Divisyen Operasi Agihan Asnaf Lembaga Zakat Selangor, Mohammad Sharil Ritin berbincang sesuatu bersama mangsa banjir, Abdul Rahman Osman dan isterinya Rosidah Dahlan yang menghidap sakit buah pinggang ketika di kediamannya Bukit Lanchong, Puchong. Foto MOHD ADZLAN, 14 FEBRUARI 2022.

“Sehingga pagi esok kami duduk di atas siling rumah anak saudara kerana paras air dirumahnya pun memang tinggi,” ujarnya.

Kesusahan yang dialami oleh Mardianis bersama suami mendapat perhatian dari Lembaga Zakat Selangor (LZS) yang tampil menghulurkan bantuan berbentuk kewangan secara bulanan dan pembinaan rumah baharu.

Menurut Ketua Operasi Agihan Daerah Hulu Langat LZS, Muhammad Ibrahim Selamat, berdasarkan bancian dan penelitian yang dilakukan, pasangan warga emas itu layak menerima sebuah rumah baharu dan telah didaftarkan sebagai asnaf sejak Januari.

“Untuk makluman, dalam 31 mangsa ini salah satu keluarga ini adalah asnaf baharu setelah kita lihat kemusnahan yang berlaku dalam keluarga ini.

Abdul Rahman Osman melihat rakaman video semasa banjir yang masuk kedalam rumahnya bersama isterinya Rosidah Dahlan yang menghidap sakit buah pinggang ketika di kediamannya Bukit Lanchong, Puchong. Foto MOHD ADZLAN, 14 FEBRUARI 2022.

“Rumah yang kita banci, fardu kifayahnya mereka layak sebagai fakir miskin dan kita sudah proses bantuan untuk keluarga ini untuk membina sebuah rumah yang berharga RM93,000 di atas tapak ini.

“Kita juga bantu dari segi bantuan kewangan dan makanan bulanan bagi kelangsungan hidup seterusnya selepas ini, manakala bakinya (asnaf) pun kami dah santuni dengan bantuan sewa rumah,” ujarnya.

Muhammad Ibrahim berkata, beliau sama sekali tidak mahu golongan beragama Islam di kawasan berkenaan bertukar menjadi gelangan selepas ditimpa musibah banjir tempoh hari.

Justeru, katanya, LZS telah menghulurkan bantuan asas kewangan dan sewa rumah terutamanya kepada penduduk yang kehilangan tempat tinggal.

Manakala bagi Mardianis, dia bersama suami amat gembira selepas menerima perkhabaran dari LZS mengenai sebuah rumah baharu yang akan dibina buat mereka.

“Suka sangat sampai tak tahu macam mana nak gambarkan perasaan ini kerana pakcik kata kalau tiada rumah (baharu), kita duduk sahaja di sini, takkan mahu duduk rumah anak selamanya,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Video Berkaitan

https://youtu.be/EX8MR8pqKeM

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast