Rangka mayat ditemui di Bukit Pelindung dipercayai mayat lelaki yang hilang sejak 19 Januari lalu termui oleh pasukan penyelamat pukul 11.30 pagi hari ini

KUANTAN – Pasukan penyelamat hari ini menemui mayat dipercayai individu yang hilang sejak 19 Januari lalu di celah batu Bukit Pelindung, di sini.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, usaha mengeluarkan maya yang ditemui di kaki bukit dan berhampiran air terjun di Bukit Pelindung dibantu bomba.

Jelasnya, operasi mencari dan menyelamat dilakukan dengan kekuatan seorang pegawai dan tujuh anggota polis serta 10 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Pahang

Wan Mohd Zahari Wan Busu

“Mayat dijumpai jam 11.30 pagi, jarak lebih kurang dua kilometer daripada tempat beg dan selipar simati yang dijumpai sebelum ini.

“Hasil sisatan pihak polis meneukan rangka dijumpai terselit dicelah batu dan dipercayai simati terjatuh dan kes ini masih dalam siasatan lanjut,” kataya

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi tujuan bedah siasat.

Pihak bomba berusaha mengeluarkan rangka mayat yang ditemui di celah batu di kaki bukit berhampiran air terjun

Pihak polis melakukan pencarian berskala kecil selama 22 hari dibantu pelbagai agensi termasuk pendaki selepas tujuh hari dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) menemui jalan buntu.

Pada 24 januari lalu, MalaysiaGazette melaporkan misi mencari dan menyelamat mangsa menemukan sebelah selipar belah kanan, beg berisi dokumen lengkap, duit dan senaskah Al-Quran dan disahkan oleh ahli keluarganya.

Mangsa dikatakan menghadapi kesihatan mental hilang selepas keluar daripada rumahnya pada jam 6 pagi 19 Januari lalu. – MalaysiaGazetteazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast