Zaid Ibrahim
Zaid Ibrahim

KUALA LUMPUR – Tindakan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedah dan mengaibkan keperibadian Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi adalah perbuatan tidak wajar.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Kota Bharu, Datuk Zaid Ibrahim berkata, strategi yang digunakan Muhyiddin itu umpama membuka pekong di dada dan seperti mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih.

Katanya, sebelum membuka aib orang, Ahli Parlimen Pagoh itu perlu nilai sejauh mana imej dan maruah beliau serta pemimpin dalam parti Bersatu sendiri, adakah semuanya lebih bersih daripada UMNO?

“Dia (Muhyiddin) boleh mendedahkan dan mengaibkan Zahid Hamidi 24 jam sehari, tetapi ia tidak akan membuatkan orang ramai percaya bahawa Bersatu lebih bersih daripada UMNO,” katanya menerusi ciapan Twitternya.

Baru-baru ini, ketika berucap dalam program ceramah, Muhyiddin mendakwa, Ahmad Zahid ada berjumpanya dengan membawa fail mahkamah bertimbun-timbun untuk selesaikan kesnya.

Dia membawa isu itu ke serata ceramahnya di Johor dengan tujuan untuk mendedah dan mengaibkan Ahmad Zahid, katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast