Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary melancarkan buku Manual Komuniti Hijrah Lesbian dan Gay terbitan JAKIM di Putrajaya International Convention Center (PICC). Foto MOHD ADZLAN, 23 FEBRUARI 2022.

PUTRAJAYA – Jabatan Kemajuan Agama Islam (JAKIM) menyokong cadangan Kementerian Pendidikan (KPM) untuk membenarkan murid-murid menggunakan pakaian sekolah kebangsaan ke sekolah agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, pihaknya tidak  menolak cadangan yang dapat menyelesaikan masalah beg berat dalam kalangan pelajar dan dalam masa yang sama tidak mahu ia menjejaskan pembelajaran sekolah agama.

“Apa-apa keputusan yang boleh menyelesaikan masalah yang berbangkit peringkat JAKIM, kita sangat bertolak ansur apa sahaja cadangan daripada pihak KPM kita akan sokong asalkan tidak menjejaskan dari sudur pembelajaran Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA),” katanya ketika menghadiri  Majlis Pertemuan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama influencer Media Baharu di sini hari ini.

Tambah Ahmad Marzuk, perbincangan antara JAKIM dengan KPM berhubung cadangan berkenaan masih berlangsung dan keputusan dijangka dibuat dalam masa yang terdekat.

Baru-baru ini, Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata,  kementeriannya sedang menangani beberapa punca isu beg sekolah berat yang dibangkitkan baru-baru ini.

Ujarnya. antara diberi perhatian adalah jumlah mata pelajaran yang diajar pada setiap hari dan pakaian sekolah kebangsaan ke sekolah agama.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast