Hishammuddin Hussein discharged hospital home-quarantine Covid-19 positive
Senior Defence Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein

KUALA LUMPUR – Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini dibenarkan keluar hospital selepas menjalani kuarantin di Hospital Angkatan Tentera (HAT) Tuanku Mizan sejak Rabu lalu.

Katanya, pasukan perubatan berpuas hati dengan tahap kesihatan dirinya yang telah pulih daripada gejala ringan yang dialami selepas disahkan positif Covid-19 sejak Selasa lalu.

Bagaimanapun, beliau akan terus menjalani kuarantin di kediamannya mengikut ketatapan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Alhamdulillah, hasil penilaian pada pagi tadi, gejala yang saya alami telah pulih. Secara keseluruhannya, pasukan perubatan berpuas hati dengan tahap kesihatan saya,” katanya menerusi kenyataan.

Hishammuddin merakamkan penghargaan kepada pasukan perubatan HAT yang merawatnya sepanjang dirawat di hospital berkenaan.

Rabu yang lalu, beliau mengesahkan menjalani isolasi wajib di HAT selepas disahkan positif Covid-19.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Hishammuddin jalani isolasi di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan