Calon MUDA N.07 Bukit Kepong, Nurafiqah M Zulkifli melambai tangan ketika hadir pada hari penamaan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di IKTBN Pagoh, Muar, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 26 FEBRUARI 2022.

PAGOH – Calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Nurafiqah M Zulkifli merupakan calon DUN Bukit Kepong tang terakhir tiba di pusat pencalonan.

Pengasas bersama MUDA itu dilihat memakai baju kurung hitam ditemani pencadang dan penyokongnya tiba tepat jam 8.54 pagi.

Beliau merupakan calon muka baharu bersama-sama calon Pejuang, Md Taib Md Suhut bakal bertanding akan bertanding di kerusi DUN Bukit Kepong.

Mereka akan bersaing dengan Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Sahruddin Jamal dan Ismail Mohamad (UMNO).

Setakat jam 9 pagi tadi, tiada kelihatan calon Bebas memasuki pusat penamaan setakat ini.

Lagi menyusul…

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast