Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Leon Fuat Bhd (Leon Fuat) merekodkan pertumbuhan 61.8 peratus keuntungan selepas cukai iaitu RM29.09 juta berbanding RM17.98 juta bagi tempoh yang sama 2021.

Perolehan meningkat sebanyak 27.8 peratus kepada RM254.21 juta berbanding RM198.96 juta pada tempoh yang sama manakala keuntungan sebelum cukai, mencatat pertambahan sebanyak 106.5 peratus kepada RM38.61 juta berbanding RM18.70 juta.

Pengarah Eksekutif, Calvin Ooi Shang How berkata, prestasi kewangan kumpulan bagi suku tahunan yang dikaji disokong oleh perolehan lebih besar margin keuntungan bersih lebih baik dipacu oleh purata jualan lebih tinggi di dalam kedua-dua dagangan dan pemprosesan produk keluli.

Bagi tempoh kewangan secara keseluruhan, perolehan juga disokong oleh purata keseluruhan harga jualan yang lebih tinggi, menghasilkan keseluruhan margin keuntungan kasar keseluruhan yang lebih baik.’’ Katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Perolehan daripada dagangan produk keluli mencatatkan pertambahan sebanyak 26.5 peratus kepada RM81.95 juta sementara pemprosesan produk keluli mencatatkan kenaikan 28.4 peratus kepada RM172.18 juta.

Manakala sumbangan segmen dagangan kepada perolehan adalah 32.2 peratus pada suku keempat 2021 berbanding 32.6 peratus bagi tempoh sama pada tahun kewangan 2020 manakala sumbangan segmen pemprosesan adalah 67.7 peratus berbanding 67.4 peratus tempoh sama tahun lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast