Al-Faizin Marketing melancarkan tiga lagi variasi perisa bagi produk susu kambing jenama Faa-iz bagi memenuhi permintaan pengguna.

KUALA LUMPUR – Kompleks Islam Darul Faizin (KIDaF) menerusi anak syarikatnya Al-Faizin Marketing melancarkan tiga lagi variasi perisa Susu Kambing Faa-iz baharu selepas hampir dua tahun berada di pasaran.

Pengerusi KIDaF, Jafri Abu Bakar@Mahmud berkata, Al-Faizin Marketing sebelum ini susu Faa-iz bermula tanpa perisa pada hujung 2019 sebelum mengambil keputusan untuk tampil mengeluarkan susu yang berperisa.

“Tiga perisa tersebut adalah coklat, vanilla dan strawberi di mana cetusan ideanya terhasil daripada kajian ske atas pengguna dan pengedar susu Faa-iz,” katanya.

“Idea untuk membangunkan Susu Kambing Faa-iz tercetus di atas keperluan pemakanan dan alternatif menjana pendapatan untuk madrasah dan tidak hanya bergantung dengan kutipan sumbangan untuk kelangsungan operasi semata-mata.

“Cara terbaik adalah dengan memulakan perniagaan ini memandangkan KIDaF tidak mengenakan yuran kepada pelajar.

“Jadi saya memikirkan satu sumber alternatif, bak kata orang utara yang boleh mengalas perut sebelum dapat makan dengan sempurna. Selepas berbincang, kami merasakan minuman susu adalah yang paling sesuai dan susu yang terbaik adalah susu kambing,” katanya pada majlis pelancaran susu tersebut di sini baru-baru ini.

Majlis itu dirasmikan oleh pendakwah bebas gterkenal, Datuk Mohd Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim.

Datuk Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali sebagai Ustaz Kazim (kanan) melancarkan produk susu kambing Faa-iz keluaran Al- Faizin Marketing di Komplels Islam Darul Faazin di Bandar Baharu, Kedah malam tadi. Foto Kredit Izzul Iman.

“Ramai tahu akan kelebihan susu kambing sebagai ‘Miracle Food’ dan susu terbaik di dunia selepas susu ibu ialah susu kambing. Jadi kita masukkan beras perang yang jarang-jarang dibuat orang.

“Tujuannya yang pertama adalah untuk menghilangkan bau hamis kambing dan keduanya membantu kita untuk merasa kenyang. Kita juga memasukkan kurma untuk memberikan tenaga segera, sekali gus bertujuan untuk menggantikan gula,” katanya.

Jafri berkata, Ginko Biloba turut dimasukkan untuk kecerdasan otak bagi manfaat pelajar yang menghafaz Al-Quran di Darul Faizin selain warga emas yang mampu meningkatkan ingatan selain garam bukit yang banyak khasiatnya sebagai penambah perisa.

“Apa yang lebih menarik, walaupun ia memiliki kelebihan sedemikian rupa namun harganya masih sangat berpatutan jika dibandingkan dengan produk lain di pasaran.

“Paling penting ia sesuai untuk semua peringkat umur daripada sekecil-kecil anak yang berusia seawal dua tahun sehinggalah kepada warga emas,” katanya.

Jafri berkata, pihaknya menyasarkan jualan kira-kira 10,000 kotak produk susu kambing berkenaan sebulan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast