Khairy Jamaluddin KJ Kelantan Kelantanese Covid-19 booster dose

JOHOR BAHRU – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mencuri perhatian netizen di laman media sosial apabila memujuk rakyat di Kelantan mengambil dos penggalak mengguanakan dialek negeri itu.

Menerusi hantaran di Twitter, Khairy berkata, kadar pengambilan dos penggalak di negeri itu adalah yang terendah di negara ini.

“Loloni Kelate paling rendah skali ambik booster, ambo rusing, ICU sana koho penuh. Ambo mitok sangat puok kita di Kelate pakat cocok vaksin & booster,” katanya.

Menurut data Covidnow, setakat 27 Februari, secara keseluruhannya Kelantan sudah memberikan sebanyak 2,298,896 dos suntikan vaksin tetapi hanya 281,219 sudah menerima dos penggalak.

Selain itu, negeri itu kini mencatatkan 94 peratus kadar penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU)  manakala sudah melebihi 100 peratus bagi penggunaan katil bukan ICU.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast