Kamarul Zaman Mamat

JOHOR BAHRU – Polis Johor sedang menyiasat kes penipuan membabitkan penjualan tiket bas Laluan Perjalanan Lengkap Vaksin (VTL).

Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata siasatan dijalankan susulan laporan yang diterima hari ini berhubung penipuan penjualan tiket itu terhadap pekerja Malaysia di Singapura yang dibeli secara dalam talian dan juga menerusi Facebook.

“Polis Kontinjen Johor ambil maklum isu yang dilaporkan dan akan menjalankan siasatan terperinci,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata pihaknya juga akan bekerjasama dengan Pasukan Polis Singapura dalam siasatan kes itu.- BERNAMA