Foto Instagram Zur Eda.

KUALA LUMPUR – Penyanyi veteran, Zur Eda berdepan ujian apabila kediamannya turut dimasuki air ekoran hujan lebat di beberapa kawasan di negeri Selangor, baru-baru ini.

Berita itu dikongsikan penyanyi lagu Pelitaku itu menerusi beberapa perkongsian gambar di entri Instagram semalam.

Zur Eda bagaimanapun reda dengan ujian daripada Ilahi buat dia sekeluarga walau tidak sempat untuk menyelamatkan barang berharga ekoran air terlalu deras memasuki rumahnya.

Dia turut menzahirkan rasa syukur kerana tiada perkara yang tidak diingini berlaku terhadap seluruh ahli keluarganya.
Foto Instagram Zur Eda.

“Simpan sini untuk kenangan Februari 2022. Rumah dilanda banjir. Air masuk terlalu laju sampai tidak sempat nak angkat barang-barang berharga.

“Tetapi masih bersyukur kami anak beranak dan cucu-cucu semua selamat,” kongsinya di Instagram.

“Terima kasih kawan-kawan yang membuat panggilan dan WhatsApp tidak henti-henti bertanya khabar dan mendoakan buat saya sekeluarga.

“Insya-Allah, Allah menggantikan dengan rezeki yang lebih baik. Amin,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast