Calon Barisan Nasional (BN) N.10 Tangkak, Ong Chee Siang (kanan) menyantuni sebahagian penduduk setempat bagi meraih undi ketika sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Pasar Awam Tangkak, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 03 MAC 2022.
Calon Barisan Nasional (BN) N.10 Tangkak, Ong Chee Siang (kanan) menyantuni sebahagian penduduk setempat bagi meraih undi ketika sesi walkabout sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Pasar Awam Tangkak, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 03 MAC 2022.

TANGKAK – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tangkak, Ong Chee Siang mengakui agak sukar untuk menembusi kerusi milik Pakatan Harapan (PH) itu sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.

Oleh itu beliau dan jentera parti perlu bekerja keras dalam pelbagai program bagi memastikannya bertemu semua pengundi di Tangkak bagi memenangi kawasan berkenaan.

“Kita tahu tempat ini adalah tempat PKR dan kubu kuat PH dan memang sudah kita nak menang balik tempat ini. Walaupun susah nak menang kita masih perlu kerja kuat dan saya orang baru kat sini dan ramai masih tidak kenal saya.

“Pengundi masih berpihak kepada PH dan sekarang kita masih usaha lagi untuk kenalkan diri sebab saya faham orang Tangkak sudah 10 tahun PH pegang dan tidak ada apa-apa pembangunan di sini, jadi kenapa tidak beri saya satu peluang untuk bersama majukan Tangkak,” katanya kepada MalaysiaGazette selepas mengadakan siri kempen di Pasar Awam Tangkak hari ini.

Dalam pada itu, Chee Siang berkata, hasil tinjauan selama enam hari mendapati pengundi Tangkak mahu calon muda untuk mewakili mereka di sidang DUN.

“Ada maklum balas kata saya perlu kerja keras lagi untuk menang di DUN Tangkak dan bagi orang muda satu peluang dan tidak boleh hukum saya dan saya akan tunaikan tanggungjawab saya.

“Calon PH memang orang kenal sebab dia bekas ADUN tapi bagi saya baru setahun dua masuk politik walaupun saya orang Tangkak. Masih perlu ambil masa untuk kenalkan diri,” ujarnya.

Chee Siang menerima tentangan empat penjuru dengan calon Pakatan Harapan (PH) yang juga penyandang DUN Tangkak, Ee Chin Li, Dr Chong Fat Full (Perikatan Nasional), Muhammad Airel Zabridin (Pejuang) dan Zainal Bahrom Kadir (Bebas).

Chin Li memenangi kerusi DUN Tangkak pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) 2018 lalu dengan majoriti 5,077 undi.

Dalam manifestonya, Chee Siang  berikrar untuk membangunkan ekonomi kawasan ini dan akan turut berusaha meningkatkan peluang pekerjaan di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast