Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (kiri) bersama calon Pejuang N.10 Tangkak, Muhammad Airel Zabridin (dua kiri) beramah mesra dengan penduduk setempat bagi meraih undi sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Pasar Awam Tangkak, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 03 MAC 2022.
Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (kiri) bersama calon Pejuang N.10 Tangkak, Muhammad Airel Zabridin (dua kiri) beramah mesra dengan penduduk setempat bagi meraih undi sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Pasar Awam Tangkak, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 03 MAC 2022.

TANGKAK – Ahli keluarga Tun Dr. Mahathir Mohamad sangat berhati-hati dalam membenarkan bekas Perdana Menteri itu turun berkempen di Machap sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor petang ini.

Presiden Parti Pejuang Tanahair (Pejuang), Datuk Seri Muhkriz Mahathir berkata, ayahnya beria-ria mahu turun padang bagi menyumbanng kepada partinya.

“Kami sangat berhati-hati sebab faktor usia yang semakin meningkat sudah 97 tahun dan baru sahaja pulih daripada sakit dan dirawat di IJN (Institut Jantung Negara).

“Tidak 100 peratus sembuh dan penularan Covid-19 pula, orang berusia ini mudah terkesan bila dijangkiti Covid-19, dalam keadaan macam itu, Tun Mahathir nak sangat turun,” katanya kepada media selepas mengadakan walkabout di Pasar Awam Tangkak bersama-sama calon kawasan itu, Muhammad Airel Zabridin hari ini.

Pengerusi Pejuang dan Ahli Parlimen Langkawi itu dijadualkan turun ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap petang ini untuk siri kempen di kerusi yang ditandingi Ketua Pejuang Johor, Shahruddin Md Salleh.

Muhkriz berkata, walaupun menghadapi masalah kesihatan namun tidak tidak menghalang semangat Mahathir untuk turun berkempen.

“Macam mana pun perjuangan beliau tidak ada titik noktah dan dia pun nak menyumbang supaya rakyat di Johor ini faham apa sebenarnya tujuan Pejuang bertanding di Johor dan sebab itu dia rasa terpanggil sendiri dengan tidak hanya nukilan surat dan berikan kenyataan yang telah beliau keluarkan,” katanya lagi.

Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir bercakap kepada media selepas mengiringi calon Pejuang N.10 Tangkak, Muhammad Airel Zabridin meraih undi sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Pasar Awam Tangkak, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 03 MAC 2022.
Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir bercakap kepada media selepas mengiringi calon Pejuang N.10 Tangkak, Muhammad Airel Zabridin meraih undi sempena kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor di Pasar Awam Tangkak, Johor. Foto HAZROL ZAINAL, 03 MAC 2022.

Dalam pada itu, Mukhriz berkata, tujuan utama Pejuang meletakkan calon Melayu di DUN Tangkak yang dipegang PKR adalah untuk menarik undi Melayu.

“Sebenarnya kita tak fikir panjang untuk letakkan calon di DUN Tangkak walhal tempat ini ditandingi calon Cina ada peratusan pengundi Melayu yang agak signifikan atas sebab tiga lagi calon dari masyarakat Cina termasuk PN (Perikatan Nasional).

“Maka ada peluang untuk calon Melayu tarik sokongan mengundi di sini 41 kerusi lain Pejuang bertanding semuanya kawasan majoriti Melayu undi Melayu akan berpecah dan undi bukan Melayu akan jadi penentu di sini kita terbalikkan cuba nasib boleh ke tidak menang,” katanya lagi.

Pejuang meletakkan calon paling muda, Muhammad Airel Zabridin yang berusia 26 tahun.

Beliau menentang calon Pakatan Harapan (PH) yang juga penyandang Ee Chin Li, Ong Chee Siang (Barisan Nasional), Dr Chong Fat Full (Perikatan Nasional) dan Zainal Bahrom Kadir (Bebas).

Chin Li memenangi kerusi DUN Tangkak pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) 2018 lalu dengan majoriti 5,077 undi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast