Home Nasional Kedai telefon dijadikan port simpanan dadah

Kedai telefon dijadikan port simpanan dadah

JOHOR BAHRU – Cubaan sindiket dadah yang menjadikan kedai telefon sebagai stor simpanan bagi mengaburi mata pihak berkuasa tidak berjaya apabila dihidu polis.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, sindiket yang beroperasi sejak setahun lalu itu dikesan dalam serbuan di Larkin, di sini, kira-kira 1 tengah hari semalam.

“Dalam serbuan itu dua lelaki tempatan berumur 31 dan 34 tahun ditangkap bersama-sama sejumlah dadah.

“Hasil saringan air kencing kedua-dua lelaki negatif daripada sebarang jenis dadah.
Bagaimanapun mereka ada rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.
“Sindiket ini dipasarkan dalam pasaran tempatan,” katanya dalam sidang media mengenai serbuan itu yang dijalankan pada 3 hingga 5 Mac lalu.
Dalam serbuan tersebut, polis menemui 1,708 gram pil ekstasi, 1,351 gram serbuk ekstasi, 1,197 gram ketamin dan 7,041 gram pil erimin 5.
Dua motokar pelbagai jenis, sebuah motosikal dan wang tunai S$5,309 (RM16,340) turut disita.
Keseluruhan nilai rampasan dadah operasi ini bernilai RM746,890. – MalaysiaGazette